KEK PISANG
▼
Sunday, April 24, 2016
PULUT MANGGA THAI
PULUT MANGGA THAI
sumber : citarasawan...
Bahan-Bahan :
2 biji mangga - potong ikut suka
250 gm beras pulut susu - rendam seketika anggaran 30 minit & toskan
150 ml santan + 1/4 tsp garam
2 helai daun pandan - carik-carikkan
Bahan Sos Santan :
150 ml santan KARA
150 ml air
4 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - disimpul
4 sudu kecil tepung jagung - larutkan dengan sedikit air
Cara-Cara :
1. Toskan pulut dan kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
2. Gaulkan bersama santan sehingga rata. Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.
3. Kukus semula selama 20 minit atau sehingga masak.
4. Sos Santan : Satukan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga sos nampak pekat.
5. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.
Nota : Jika pulut di rendam selama 4 jam, tambahkan masa mengukusnya.
No comments:
Post a Comment