KEK PISANG

Sunday, May 31, 2020

AYAM MASAK PAPRIK










RESEPI AYAM MASAK PAPRIK
sumber :    Insta@Qasey Honey@you tube.




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  potong kecil-kecil
1  biji  bawang besar   ~  hiris kasar
1  biji  cili merah   ~  hiris menyerong
3  ulas  bawang putih   ~  hiris
2-3  sudu besar  cili kisar
2  sudu besar  sos cili
2  sudu besar  sos tomato
1  sudu besar  sos tiram
3  helai  daun limau purut   ~  carik-carik
10-15  biji  cili padi   ~  ketuk
1/2  batang  lobak merah/kacang panjang   ~  potong ikut suka
5-6  batang  putik jagung   (tak letak, tiada)
1/3  buku kecil  bunga kobis   (tak letak, tiada)
6  biji  cendawan butang   ~  hiris   (saya tambah)
1  biji  tomato   ~  potong ikut suka  (saya tambah)
1  cawan  air atau secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak secukupnya.
Tumis bawang putih hingga berbau wangi.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak hingga cili masak dan garing.
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau sebati.
Masukkan ayam, daun limau purut dan cili padi, kacau lagi.
Masukkan lobak merah, cendawan butang.  Masukkan air.  Perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan cili merah.  Biarkan mendidih seketika.
Sesuaikan rasa dan Siap !


MUFFIN CHOCOLATE CHIP









MUFFIN CHOCOLATE CHIP GEBU
(Adunan ini tidak perlu menggunakan mixer)




Bahan A :

80  gm  gula perang
90  gm  gula kastor
2  biji  telur gred A


Bahan B :   (diayak)

230  gm  tepung gandum
15  gm  double-action baking powder
30  gm  serbuk koko


Bahan C :

110  gm  susu segar
2  sudu besar  chocolate emulco
150  gm  minyak jagung
100  gm  chocolate chip


Hiasan :   Chocolate chips & Badam Keping


Cara-Cara :

1.  Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk dan kacau-kacau sebati dengan whisk.
2.  Campurkan Bahan B dan kacau lagi.
3.  Campurkan Bahan C dan kacau sebati.
4.  Isikan adunan ke dalam paper cup 3/4 penuh.  Masukkan cup ke dalam loyang cupcake.
5.  Tabur sedikit chocolate chip dan badam sebagai hiasan.
6.  Bakar pada suhu 200'C selama 25-30 minit hingga masak atau mengikut oven masing-masing.


Friday, May 29, 2020

BUTTER CHEESECAKE











BUTTER CHEESECAKE RECIPE
adapted from :    bakewithpaws.com




Ingredients :

250  gm  butter,  room temperature
150  gm  cream cheese,  room temperature
120  gm  caster sugar   (I used brown sugar),   ~  original recipe used 200 gm
5  eggs   (large)
1/4  tsp  vanilla extract

250  gm  plain flour
1 1/2  tsp  baking powder
1/4  tsp  salt


Utensil :   8 inch pan


Method :

1.  Allow butter and cream cheese to come to room temperature before use.  Approximately 30 to 45 minutes for butter.  Cream cheese may take more than 1 hour.

2.  Preheat oven to 160'C.  Line the bottom of a baking pan with non-stick baking paper.

3.  Sift flour and baking powder.  Add in salt and keep aside.

4.  Cream butter and sugar with electric mixer till light and fluffy for 10 minutes, then add in cream cheese and mix until well combined.

5.  Add egg one at a time and beat until well combined.  Add in vanilla extract and beat until well combined.  Gradually add in the flour mixture bit by bit on low speed.  Lastly, mix with a spatula until well combined.

6.  Pour the batter into the prepared cake pan and smooth the top.

7.  Bake in the preheated oven at 160'C for 50 minutes or until an inserted skewer/toothpick comes out clean.

8.  Remove cake pan from oven and let it cool for 10 minutes before removing from the cake pan.  Let cake cool completely on wire rack.


IKAN CENCARU BAKAR









IKAN CENCARU BAKAR BERSAMA
AIR ASAM & SAMBAL KICAP
sumber :    makanapaaje.blogspot.com




Bahan-Bahan :

Ikan cencaru secukupnya   (atau apa-apa ikan pilihan seperti kembong, pari, talapia dll.)
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Lidi/pencungkil gigi


Cara Memasak :

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga rata.
Lilitkan daun pandan keseluruhan badan ikan tadi.
Sematkan dengan lidi/pencungkil gigi yang bersih.
Sediakan pemanggang ajaib, pan non-stick atau bakar di dalam oven.
Bakar sehingga ikan masak.


Bahan Air Asam :

1/2 - 1 sudu besar  pes asam jawa Adabi
2  biji  lada merah
8  biji  cili api hijau
1 1/2  labu  bawang besar
Sedikit belacan   ~  bakar sehingga naik bau
Garam & gula secukupnya


Cara Penyediaan :

Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau.
Basuh dan toskan.  Ketepikan.
Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air sehingga sederhana pekat.
Masukkan belacan, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sehingga semuanya larut dan rata/sebati.
Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi.
Perasakan rasanya.  Jika rasa sudah cukup, hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.


Bahan Sambal Kicap :

1  biji  cili merah
8  biji  cili api hijau
1  labu  bawang merah
1  biji  limau nipis   (me :  guna  6 biji limau kasturi)
Kicap lemak manis secukupnya   (me :  guna anggaran 1/2 cawan)
Garam & gula secukupnya


Cara Penyediaan :

Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau.
Basuh dan toskan.  Ketepikan.
Tuangkan kicap secukupnya dalam mangkuk dan tambahkan perahan air limau nipis.  Kacau rata.
Masukkan pula garam dan gula secukup rasa.  Kacau sehingga semuanya larut dan rata.
Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi.  Perasakan rasanya.
Jika sudah cukup rasanya, hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.


Thursday, May 28, 2020

SAMBAL PARU










RESEPI SAMBAL PARU
sumber :    salamisimon1.blogspot.com




Bahan-Bahan :

400  gm  paru
2  batang  serai   ~  dititik
2  keping  asam gelugor
1  labu  bawang besar   ~  hiris kasar
Minyak masak
Serbuk kunyit/garam/gula melaka/perasa pilihan secukupnya


Bahan Kisar :

30  tangkai  cili kering   ~  rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
10  biji  bawang merah
5  biji  bawang putih
1  sudu kecil  belacan
1  cm  halia


Cara Memasak :

1.  Rebus paru sehingga empuk.

2.  Angkat dan toskan.  Hiris nipis.

3.  Gaulkan paru dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam.

4.  Panaskan minyak masak dan goreng paru tadi.  (Saya inginkan paru goreng yang tidak garing, jadi saya gorengkan sebentar sahaja dan kemudian diangkat serta toskan paru goreng tadi).

5.  Tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan minyak bekas gorengan paru tadi di dalam kuali.

6.  Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan tambahkan serai, gula serta asam gelugor.  Gunakan api sederhana dan biarkan sehingga pecah minyak.

7.  Masukkan paru yang digoreng tadi dan gaul rata.  Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air panas.

8.  Tambahkan hirisan bawang besar, garam dan perasa pilihan secukupnya.

9.  Kacau beberapa kali sehingga bawang besar layu dan tutup api dapur.
Siap ! untuk dinikmati.



KARI AYAM









RESEPI KARI AYAM
(Mariana Zainal)




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  basuh bersih & potong ikut suka
1  biji  kelapa   ~  kisar dengan 3 1/2 cawan air, perah, tapis, ambil santannya
5-6  biji  kentang   ~  potong ikut suka
3-4  kuntum  bunga lawang
1  batang  kulit kayu manis
1  biji  bawang besar   ~  hiris
5  ulas  bawang putih   ~  hiris
Sedikit halia   ~  hiris
3  senduk  minyak masak untuk menumis


Bahan Pes : 

4  sudu besar membukit  serbuk kari ayam & daging *
1  peket kecil  serbuk cili *   ( * satukan sehingga pes menjadi sebati)
1 1/2  keping asam keping@asam gelugor
1  sudu teh  gula
1  sudu besar membukit  garam
3  tangkai  daun kari
Sedikit bahan perasa
1 1/2  cawan  air


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.
Masukkan bahan pes kari & serbuk cili tadi, sentiasa dikacau jangan sampai hangit, rempah kena masak elok, bila dah naik minyak dan warna rempah dah berubah warna (macam nak garing) masukkan santan, guna api sederhana.
Apabila dah naik wap dan kuah mula mendidih, masukkan ayam dan kentang.
Sentiasa dikacau sehingga kuah mendidih.  Bila dah mendidih ganas, ayam dan kentang pun dah lembut, sesuaikan rasanya.  (Jika kuah agak pekat bolehlah ditambah 1/2 cawan air panas).


NOTA :    Jika guna santan kotak kecil, guna 1 kotak dan masukkan sebelum masukkan ayam dan kentang, maksudnya bila bahan rempah dah garing baru masukkan santan, bagi naik minyak sekejap, baru masukkan ayam dan kentang, kacau sekejap dan masukkan 3 cawan air.  Masak seperti biasa sehingga ayam dan kentang empuk/lembut.




Wednesday, May 27, 2020

RENDANG DAGING LEBARAN










RENDANG DAGING LEBARAN
(Mariana Zainal)   ~  A keeper (sedap sangat)




Bahan-Bahan :

1  kilo  daging   ~  potong ikut suka   (me :  guna daging batang pinang)
4  cawan  santan pekat   ~  daripada 2 biji kelapa, kalau tiada guna santan kotak -  2 kotak kecil
4  cawan  air
1 1/2  keping  asam gelugor
2  sudu besar  gula
2  sudu kecil  garam   ~  jika kurang sila tambah
Sedikit bahan perasa, jika suka
4  sudu besar  kerisik   ~  kalau guna dalam peket kecil, guna 4 peket
3  helai  daun kunyit   ~  hiris halus
5  helai  daun limau purut
3  senduk  minyak masak untuk menumis


Bahan Kisar :

30  tangkai  cili kering   ~  rendam hingga lembut dalam air panas & toskan
2  biji  bawang besar
6  ulas  bawang putih
Halia  (sebesar ibu jari, nak 2)
Lengkuas   (bubuh sedikit saja)
5  batang  serai
1 1/2  sudu besar  biji ketumbar *
1 1/2  sudu besar  jintan manis *   ( boleh disangrai tanpa minyak atau tidak perlu di sangrai, ikut pilihan)

(kisarkan semua bahan ini hingga halus).


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak.
Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan daging, santan, air dan daun limau purut.
Masak sehingga kuah mula kering.
Masukkan asam gelugor@keping, gula, garam dan bahan perasa, teruskan masak sehingga kuah rendang pekat, tabur hirisan daun kunyit, gaul seketika dan tutup api.
Siap !


INFO :   Jika daging masih liat boleh ditambah air.  Masaklah sehingga daging empuk.



RESEPI PULUT KUNING









RESEPI PULUT KUNING RICE COOKER
sumber :   www.rasa.my@Nazra Queen




Bahan-Bahan :

300  gm  beras pulut   ~  basuh & toskan air   (me :  guna beras pulut susu)
1  sudu teh  serbuk kunyit
1/2  sudu teh  garam halus
2  sudu makan  gula
2  sudu makan  minyak masak
2  helai  daun pandan 
Santan dari 1/2 biji kelapa   ~  anggaran 200-250 ml
Air secukupnya


Cara Memasak :

1.  Beras pulut dicuci dan ditoskan air.  Masukkan ke dalam periuk nasi.

2.  Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.

3.  Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.

4.  Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.

5.  Selepas 10 minit, agak-agak air dah mengering, kacau-kacau pulut supaya sekata.

6.  Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.  Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan.  Tak perlu habiskan.  Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.

7.  Tekankan butang 'ON' pada rice cooker sekali lagi.  Biarkan pada posisi 'warm' sahaja.  Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.

8.  Siap dan sedia untuk dinikmati.


NASI TOMATO

 AYAM MASAK MERAH









NASI TOMATO (Cepat, Senang, Sedap)
*** Untuk hidangan :   3-4 orang




Bahan Untuk Nasi :

3  pot  beras
1  labu  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1  ketul  kiub pati ayam
1  cm  halia
2  sudu besar  Planta@marjerin untuk menumis
2  kuntum  bunga lawang
1  batang  kulit kayu manis
1  biji  tomato  (buah)/2  sudu besar  tomato puree
5  sudu besar  sos tomato
1  sudu kecil  garam@secukup rasa


Bahan Untuk Ayam (Masak Merah) :

1/2  ekor  ayam
1  labu  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1  cm  halia
1  batang  serai   ~  dititik
1/2  kiub  pati ayam
2  senduk  cili giling
3  sudu besar  gula
1  sudu kecil  garam + Secukup Rasa
1  labu  bawang Holland


Cara Memasak Nasi :

1.  Beras dibasuh bersih dan ditoskan (masukkan 1/3 cawan air + beras dalam rice cooker), biarkan seketika.

2.  Blend bawang merah + bawang putih + kiub pati ayam + halia.  Panaskan Planta/marjerin, (boleh tambahkan sedikit minyak masak kalau nak).

3.  Tumis bahan blend + bunga lawang + kulit kayu manis sehingga naik bau.

4.  Blend tomato dengan sedikit air.  Tapis dan masukkan ke dalam bahan tumis.  (Boleh guna tomato puree + sedikit air) + sos tomato, kacau sebati.

5.  Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi tadi + garam + air secukupnya dan kacau sebati.  Masak seperti biasa sehingga masak.  (Air agak-agak seperti masak nasi biasa, kalau bahan tumis dan letak banyak air, tak perlu tambah air lagi).
(INFO :   Me :  letak anggaran 8 1/2 pot air, sukat menggunakan pot beras).


Cara Memasak Ayam Masak Merah :

1.  Blend bawang merah + bawang putih + halia (tumiskan) dalam kuali.  Masukkan serai.

2.  Masukkan kiub pati ayam + cili giling + gula + garam + Secukup Rasa (guna api paling kecil).

3.  Selepas 15 minit, masukkan ayam (boleh gorengkan dahulu separuh masak jika suka).  Kacau sebati, tutup kuali dan biarkan selama 1/2 jam sambil pantau dan kacau-kacau seketika.

4.  Bila dah hampir masak, masukkan bawang Holland yang dah dihiris bulat.  Biarkan dengan api perlahan 5-10 minit.
Siap !


Untuk Acar :

1/2  batang  timun   ~  potong ikut suka
1/2  batang  lobak merah   ~  potong ikut suka
1  ulas  bawang merah   ~  hiris
1  biji  lada merah   ~  hiris
4-5  sudu besar  cuka makan
3  sudu besar  gula
1/2  sudu kecil  garam
Sedikit air suam-suam panas


Cara Penyediaan :

Potong timun & lobak merah ikut suka, campurkan kesemua, masukkan ke dalam bekas bertutup dan goncang-goncang sebati.  Biarkan 1/2 jam dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Siap !



SYAWAL 2020 !


24/5/2020 (Ahad) Anakanda sulung, Johor


Anakanda ke 4 & isteri


Anakanda ke 4 di perantauan.


25/5/2020 (Isnin) Anakanda ke 2 & keluarga
di Beranang

FUDGE BROWNIES









FUDGE BROWNIES (tekstur kenyal)
(Fara Sulaiman)




Bahan A :

180  gm  dark chocolate compound
90  gm  butter


Bahan B :

100  gm  tepung gandum
35  gm  serbuk koko atau serbuk coklat
1  gm  baking powder   (1/4 sudu teh)


Bahan C :

2  biji  telur gred A atau B
150  gm  gula aising   ~  ayak
1  sudu kecil  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Pukul manja Bahan C.

2.  Ayak Bahan B.

3.  Cairkan Bahan A secara double boiler.

4.  Masukkan Bahan A yang dicairkan tadi ke dalam Bahan C.  Gaul sebati menggunakan spatula atau whisk.

5.  Masukkan Bahan B dan gaul sebati.

6.  Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 8 x 8 inci, alas baking paper (lebihkan baking paper untuk memudahkan brownies dikeluarkan dari loyang).

7.  Masa membakar menggunakan oven biasa, 15 minit pertama Suhu 150'C menggunakan api atas bawah kemudian 25 minit dengan Suhu 140'C dan menggunakan api bawah sahaja.