KEK PISANG

Thursday, August 31, 2017

MASAK LEMAK KUNING LABU...








MASAK LEMAK KUNING LABU
rujukan :    Azie Kitchen...



Bahan-Bahan :

500  gm  labu kuning  ~  dikupas kulit & dipotong kiub kecil
2  cawan  santan pekat
1  cawan  air
1  labu  bawang besar  ~  dihiris
2  biji  cili merah  ~ dihiris
2  sudu besar  udang kering atau ikan bilis
Garam secukup rasa
Daun kunyit  ~  dicarik
Sedikit serbuk kunyit
2  batang  serai  ~ dititik
Sedikit lada hitam  ~  ditumbuk kasar


Cara Memasak :

1.  Masukkan kesemua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periuk.  Rebus sehingga labu lembut.

2.  Apabila sudah mendidih dan labu lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan serbuk lada hitam.

3.  Masakkan sehingga mendidih sekali lagi.  Sesuaikan rasanya dan apabila sudah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan...

BISKUT SAMPERIT SUSU...










BISKUT SAMPERIT SUSU
PERISA PANDAN
rujukan :    ruzitakitchen...



Bahan-Bahan :

200  gm  susu pekat manis
400  gm  tepung jagung
25  gm  tepung gandum  (saya tambah)
200  gm  mentega  (jika guna mentega berkualiti lagi sedap)
1  sudu teh  pandan emulco  (saya tambah)
Sedikit pewarna hijau  (saya tambah)


Cara-Cara :

1.  Pukul susu pekat manis dan mentega sekadar sebati sahaja.  (Saya guna senduk kayu).

2.  Masukkan pandan emulco dan pewarna hijau secukupnya, gaul sebati.

3.  Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut.  (Jangan terlampau keras nanti tidak terdaya nak menekan).

4.  Ambil sedikit adunan, masukkan ke dalam acuan samperit dan tekankan ke atas dulang pembakar.  Hiaskan dengan potongan ceri merah sebagai hiasan atau sebarang hiasan yang digemari.

5.  Bakar di dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga kelihatan keperangan dikelililing/dibawah biskut...

Sunday, August 27, 2017

MAJLIS PERTUNANGAN 2017...




 27/7/2017 (Ahad)  Sekitar acara majlis pertunangan anak bungsu (DR. ATIKAH BT MOHD AMIN) kepada abang & kakak ipar
En. Mohd Amin & Pn. Norhayati




sedikit buah tangan yang sempat dibuat untuk dibawa ke majlis berkenaan...

KUIH LOMPANG...









KUIH LOMPANG
rujukan :    resepicitarasawan...



Bahan A :

1  cawan  gula pasir
2  cawan  air

Bahan B :

2 1/2  cawan  tepung beras
1/2  cawan  tepung ubi atau tepung sago
2  cawan  air
1  sudu teh  esen rose
1  sudu teh  air kapur

Bahan C :

1/2  biji  kelapa parut putih *
sedikit garam *  (* Gaulkan & kukus sebentar )

Cara-Cara :

1.  Masak bahan A sehingga gula larut.  Tapis dan sejukkan.

2.  Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul sehingga rata, kemudian ditapis.

3.  Celupkan jari di dalam adunan, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan.  Panaskan pengukus dan acuan lompang.

4.  Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 25-30 minit.

5.  Jika mahukan lompang berwarna-warni, asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan dengan pewarna pilihan pada setiap bahagian adunan tadi.

6.  Setelah masak, biarkan sejuk dan keluarkan dari acuan.  Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam...

Saturday, August 26, 2017

RICH CHOCOLATE CHIP MUFFINS...

 selepas keluar dari oven...








SUPER EASY RICH CHOCOLATE CHIP MUFFINS
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan A :

2  biji  telur gred A/B  (saya guna gred A)
1  cawan  gula perang
100  ml  susu segar
120  ml  minyak jagung
1/2  sudu teh  esen vanilla


Bahan B :

190  gm  tepung gandum
1  sudu teh  double action baking powder
1/2  sudu teh  baking soda@soda bikarbonate
1/4  cawan  serbuk koko
1/2  cawan  chocolate chips  (tinggalkan sedikit untuk tabur)


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A, gaul rata.

2.  Tuangkan adunan ke dalam muffin liner anggaran 3/4 penuh dan taburkan baki chocolate chips yang diasingkan tadi di atasnya.

3.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.


NOTA :   Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap dan lembut/moist.
(Menghasilkan :   20 biji  saiz kecil (soufle cup 2.0 oz)...

ZUCCHINI-CHOCOLATE CHIP MUFFINS...










ZUCCHINI-CHOCOLATE CHIP MUFFINS
adapted from :    allrecipes.com@edhoward;  (Makes :  14)




Ingredients :

1 1/2  cups  all-purpose flour
3/4  cup  white sugar
1  tsp  baking soda
1  tsp  ground cinnamon
1/2  tsp  salt
1  egg, lightly beaten  (I use large egg)
1/2  cup  vegetable oil
1/4  cup  milk
1  tbsp  lemon juice
1  tsp  vanilla extract
1  cup  shredded zucchini  (I shred with the skin as well, but this is optional)
1/2  cup  miniature semisweet chocolate chips
1/2  cup  chopped walnuts


Directions :

1.  Preheat oven to 350'F/175'C.  Grease muffin cups, or line with paper muffin liners.  Set aside.

2.  Combine flour, sugar, baking soda, ground cinnamon and salt in a large bowl.  Mix egg, oil, milk, lemon juice and vanilla extract in another bowl; then stir into dry ingredients until just moistened.  Fold in zucchini, chocolate chips and walnuts.  Fill prepared muffin cups 2/3 full.

3.  Bake in preheated oven until a toothpick inserted into the center of a muffin comes out clean, 20 to 25 minutes.  Serves and Enjoy!!!

SAMBAL KENTANG CAMPUR IKAN BILIS...










SAMBAL KENTANG CAMPUR
IKAN BILIS
rujukan :    resepinannie.blogspot.my




Bahan-Bahan :

4  biji  ubi kentang yang besar
1  cawan  ikan bilis
2  biji  bawang besar
Garam & gula secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa


Bahan Kisar Halus :

3  tangkai  cili kering  ~  rendam dalam air panas sehingga kembang
4  biji  cili merah
4  biji  cili api
3  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih yang besar
Belacan sebesar syiling 50 sen
Sedikit air


Cara Memasak :

1.  Ubi kentang dikupas kulitnya serta dipotong ikut suka.  Rebus cili kering atau rendamkan di dalam air mendidih sehingga kembang (toskan airnya).  Kisarkan kesemua bahan kisar halus dan ketepikan.

2.  Basuh ikan bilis dan toskan kemudian bolehlah digoreng ikan bilis sehingga agak garing.  Angkat dan ketepikan.  Goreng pula ubi kentang sehingga empuk lembut, toskan dan ketepikan dulu.

3.  Sediakan kuali dan masukkan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi.  Masukkan gula, air asam jawa dan kacau.  Biarkan cili masak sampai bertukar warna dan pecah minyak.

4.  Bila sambah sudah masak, masukkan bawang besar yang dihiris nipis membulat dan kacau sampai bawang layu.  Masukkan ikan bilis dan ubi kentang goreng tadi kemudian masukkan garam secukup rasa, teruskan kacau sehingga sebati/mesra.  Kacau sambal dalam 1-2 minit dan tutup api.

5.  Sedia untuk dihidangkan...

TUMIS SUHUN PETOLA...









TUMIS SUHUN PETOLA
rujukan :    RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

250  gm  petola  (anggaran 1 batang saiz sederhana panjang)  ~  buang kulit ari & hiris bulat
100  gm  suhun  ~  direndam hingga lembut  (anggaran 1 paket kecil)
1  sudu teh  udang kering
3  biji  bawang merah  ~  dihiris
2  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2cm  halia muda  ~  dihiris
1  sudu teh  serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga wangi.
2.  Masukkan air secukupnya dan biarkan mereneh/mendidih.
3.  Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4.  Kemudian masukkan pula petola dan suhun.
5.  Selepas dua atau tiga minit, tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas...

Friday, August 25, 2017

APPLE CRUMBLE MUFFINS...









APPLE CRUMBLE MUFFINS
rujukan :    seleraputeri.blogspot.my




Bahan Topping :

70  gm  gula perang
60  gm  tepung gandum
50  gm  mentega  ~  cairkan
1  sudu teh  serbuk kayu manis


Bahan Muffin :

210  gm  gula perang
140  gm  minyak jagung
1  biji  telur  (saya guna gred A)
200  gm  buttermilk
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1/2  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  garam
1/2  sudu teh  esen vanilla *
1/2  sudu teh  esen epal *  (atau 1 sudu teh esen vanilla *)
300  gm  tepung gandum
230  gm  epal hijau yang telah dibuang kulit & dipotong dadu


Cara-Cara :

Panaskan over terlebih dahulu pada suhu 200'C selama 30 minit.
Isikan loyang muffin dengan cawan kertas.  Ketepikan.
Ayakkan tepung gandum bersama baking powder.  Ketepikan.
Campurkan kesemua bahan-bahan topping dan gaul sehingga menjadi crumble.  Ketepikan.
Sementara itu, satukan gula perang, minyak jagung dan telur di dalam mangkuk adunan.
Di dalam bekas berasingan, satukan buttermilk, soda bikarbonate, garam dan esen vanilla.
Masukkan campuran tepung ke dalam campuran minyak berselang-seli dengan campuran buttermilk.
Kacau sehingga sekadar sebati.  (Jangan terlebih kacau).  Masukkan epal yang dipotong dadu.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan dengan bahan topping di atas setiap muffin.
Turunkan suhu pada 170'C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya....

SAMBAL SARDIN...









SAMBAL SARDIN
sumber :    MyResipi.com@Norhayani Mohd Nor



Bahan-Bahan :    (untuk 2 orang)

1  tin kecil  sardin
1  biji  bawang besar
4  ulas  bawang putih
10  tangkai  cili kering  ~  rendam hingga lembut & toskan
1  sudu kecil  pes asam jawa
1/4  cawan  minyak masak
1  sudu besar  kicap pekat manis
Sedikit garam & gula


Cara Memasak :

1.  Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering sehingga halus.
2.  Panaskan minyak masak.  Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
3.  Masukkan sardin, pes asam jawa, garam, gula dan kicap.  Masak sehingga pekat.
4.  Sedia dihidangkan...