KEK PISANG
▼
Saturday, August 26, 2017
TUMIS SUHUN PETOLA...
TUMIS SUHUN PETOLA
rujukan : RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
250 gm petola (anggaran 1 batang saiz sederhana panjang) ~ buang kulit ari & hiris bulat
100 gm suhun ~ direndam hingga lembut (anggaran 1 paket kecil)
1 sudu teh udang kering
3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
2cm halia muda ~ dihiris
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mereneh/mendidih.
3. Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4. Kemudian masukkan pula petola dan suhun.
5. Selepas dua atau tiga minit, tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas...
No comments:
Post a Comment