KEK PISANG

Sunday, June 30, 2013

SMOOTHIES ANGGUR MERAH & HITAM









SMOOTHIES ANGGUR MERAH & HITAM


rujukan  :   Little Amie's Kitchen (tqvm pada tuan punya resipi - Salami)
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

250  gm     anggur hitam tanpa biji
250  gm     anggur merah tanpa biji
200  ml      yogurt asli
150  ml      susu segar
    2  tbsp   gula pasir/madu


Cara Penyediaan :

1.   Sejukbekukan anggur hitam dan anggur merah tanpa biji selama lebih kurang 2-3 jam.
2.   Campurkan kedua-dua jenis anggur bersama yogurt, susu segar dan gula pasir/madu di dalam pengisar.
3.   Kisarkan bahan tersebut hingga halus dan lembut.
4.   Tuangkan ke dalam gelas.
5.   Sedia untuk dinikmati.  (Untuk rasa lebih sejuk, simpan sebentar di dalam peti sejuk).

Saturday, June 29, 2013

RED BEAN YOGURT ICE POP










RED BEAN YOGURT ICE POP


source from  :    EugenieKitchen (Korean blogger)
tried & tested :  zaralovebaking.blogspot.com  (delicious)



Ingredients :

170  gm   plain yogurt
  85  gm   sweet red beans paste
    1  tsp   acasia honey


Method :

1.   First, add in yogurt into a mixing bowl.
2.   Then add in sweet red beans paste.
3.   Add in 1 teaspoon honey.  Taste and adjust the amount of honey as you like.  Then stir until mixed.
4.   Transfer to ice pop moulds.
5.   Store in the freezer for only 3 hours.  It's better to enjoy on the same day.
6.   Out of freezer, place in the warm water for 5 seconds.  This way it's easier to remove the mold.

PANDAN EGG TART







PANDAN EGG TART


rujukan :  mybakingworkshop & buku
dicuba  :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Pastri :

1/2  cawan   gula kastor
   1  cawan   mentega
   3  cawan   tepung gandum
   1  biji        telur  (dipukul sedikit)
sedikit esen vanilla


Bahan Inti Pandan :

1/2  cawan   gula kastor
1/2  cawan   air
   9  biji        telur
   1  tbsp      jus pandan/pandan pes
   1  cawan   susu segar/susu cair


Cara-cara :

1.  Untuk Pastri :  Ayakkan tepung ke dalam mangkuk.
2.   Buatkan lubang ditengah, masukkan gula dan mentega.  Ramaskan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
3.   Masukkan telur yang dipukul sedikit-sedikit dan vanilla.  Gaul rata hingga menjadi doh.  Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sementara menyediakan intinya.
4.   Kemudian keluarkan dari peti sejuk dan bulatkan menjadi bebola kecil.  Tekankan ke dalam acuan tat.
5.   Bakar pastri separa masak selama 10-15 minit pada suhu 170'C.  Sejukkan.

Bahan Inti :  Didalam saucepan, satukan gula dan air.  Panaskan di atas api kecil hingga gula larut.  Tutupkan api dan sejukkan sebentar.  Di dalam bekas sederhana, masukkan telur dan pukul sekejap.  Masukkan jus pandan dan susu.  Gaul rata.  Tapiskan ke dalam bekas lain sebanyak dua kali.
     Tuangkan inti 3/4 penuh ke dalam pastri yang telah dibakar separa tadi.  Bakar semula selama 15-20 minit atau hingga masak menggunakan api atas sahaja.


BUBUR KACANG HIJAU DGN. DURIAN






BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN



Bahan-bahan :

      3  cawan     kacang hijau
1 1/2  keping     gula melaka
1 1/2  cawan     gula pasir
      2  helai        daun pandan
      2  cawan     air
      2  cawan     santan
beberpa ulas durian ikut suka
sedikit garam


Cara memasak :

    Gorengkan kacang hijau tanpa minyak anggaran dalam 4 minit.  Tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam.  Bilas dan toskan airnya.
     Kemudian rebus kacang hijau hingga kembang dan empuk bersama 2 cawan air tadi.  Masukkan gula melaka, gula pasir, santan, durian dan sedikit garam.  Kacau sebati dan masak dalam 5 minit sahaja supaya tidak pecah minyak, rasakan kemanisan dan angkat.
    Sedia untuk dihidangkan.

Apam Bengawan Solo





28/6/2013 (Sabtu)  -  Tempahan Apam Bengawan Solo sebanyak 100 pcs dari rakanku Mariam, terima kasih diucapkan pada yang sudi menempah.  Tempahan ni bagi pihak rakannya.

Tuesday, June 25, 2013

BINGKA LABU MANIS









BINGKA LABU MANIS



rujukan  :   Yatiememories (tqvm for this resipi)
dicuba   :    zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

   2   biji        telur
   2   cawan   santan
1/2   cawan   susu cair
   2   cawan   tepung gandum
1/2   cawan   gula pasir halus
1/2   cawan   susu pekat manis
1/2   tsp        garam halus
   1   tsp        esen vanilla
   2   tbsp      mentega/minyak sapi
   2   cawan   labu  (direbus, toskan & dilecek)
Sedikit bijab untuk tabur di atas permukaan kuih (optional)


Loyang :  9 inci


Cara membuat :

1.   Panaskan oven pada suhu 200'C, lenser loyang dengan sedikit mentega, panaskan sebentar.

2.   Satukan kesemua bahan di atas kecuali labu lecek dan bijan di dalam satu bekas, kacau hingga semua sebati.

3.   Tapiskan adunan tadi atau guna blender saja.  Tuangkan ke dalam mangkuk besar dan masukkan lebu lecek dan kacau rata hingga sebati.

4.   Tuangkan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.  Tabur permukaan atas dengan sedikit bijan.

5.   Bakar selama 1 jam.  (1/2 jam api bawah dan 1/2 jam lagi api atas dan bawah) hingga masak.

6.   Sejukkan dahulu barulah dipotong.

TALAM SINAR PESONA


Salam petang teman-teman!  Hari ini saya mencuba  satu lagi resipi talam dari blog Yatiememories.  Talam ini sangat sedap cuma yang mengecewakan bahagian atasnya, retak seribu, tak tahulah apa masaalahnya. Selama ni buat tak pernah jadi macam ni.  Walau apapun kita abaikan sajalah, yang penting sedap.  Talam ini lebih kurang sama seperti Serimuka Tiga Rasa.  Yang membezakannya bahagian bawahnya pulut berwarna hijau.  Serimuka itu dibuat ketika majlis pertunangan anak jadi tak sempat nak ambil gambar.  Serimuka Tiga Rasa juga dari blog Yatie - sangat sedap...  Ok jom kita semak resipi talam seperti dibawah ini. (Terima kasih kepada tuan punya resipi di atas kesudian berkongsi resipi ini.)









TALAM SINAR PESONA



sumber rujukan :   Yatiememories
dicuba oleh :      zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Lapisan Tengah :

1 1/2  cawan      tepung beras *
      2  tbsp rata   tepung jagung *
      1  cawan       santan pekat *
      2  cawan       air *
   1/2  cawan       gula kastor *
   1/2  sudu kecil  garam *
      1  cawan       labu manis  (yang sudah disagat halus)


Loyang :  10 x 10 x 2/3


Cara Penyediaan :

     Bancuhkan kesemua bahan bertanda (*), tapiskan dan masak naik wap.  Sentiasalah dikacau menggunakan whisk dengan api sederhana dalam 5 minit dan tutup api.
     Masukkan labu yang disagat tadi dan kacau rata.  Ketepikan dahulu.


Bahan Lapisan Atas dan Bawah :

1 1/4  cawan        tepung gandum
      2  tbsp rata    tepung jagung
      1  cawan       gula halus
      3  biji            telur
      1  cawan       santan pekat
      2  cawan       air
   1/2  sudu kecil  garam
Pewarna hijau & perisa pandan
Pewarna coklat & coklat emulco


Cara Penyediaan :

     Bancuhkan kesemua bahan kecuali perisa dan pewarna.  Tapiskan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak naik wap dalam anggaran 5 minit menggunakan api sederhana.
     Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.  Satu bahagian diletakkan pewarna hijau dan perisa pandan, manakala satu bahagian lagi diletakkan pewarna coklat dan coklat emulco.  Gaul sebati dan ketepikan.


Cara Melapis dan Memasak Kuih Talam :

1.   Panaskan kukusan.  Alas loyang dengan plastik dan sapu rata sekeliling loyang dengan sedikit minyak.
2.   Tuangkan adunan hijau dan kukus selama 10 minit.
3.   Cakar-cakarkan sedikit permukaan dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit.
4.   Akhir sekali tuangkan pula adunan coklat dan kukus selama 20 minit.

SAMBAL TUMIS UDANG YG. MENYELERAKAN.








SAMBAL TUMIS UDANG



Bahan-bahan :

500  gm       udang sederhana besar  -  dicuci bersih & ditoskan
    1  biji       bawang besar  -  dihiris bulat
    2  tbsp     gula pasir
    6  batang  kacang panjang  -  dipotong 1cm
    2  keping  asam gelugur (atau air asam jawa)
    5  tbsp     minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Kisar Halus :

15  biji   cili kering  (direndam hingga kembang & ditoskan)
  5  biji   bawang merah
  2  ulas  bawang putih
  2  cm    belacan  -  dibakar/grill


Cara memasak :

     Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sampai naik bau.  Kemudian masukkan gula pasir, asam gelugur, garam dan teruskan kacau sambal sampai masak dan pecah minyak.
     Masukkan udang, bawang besar, kacang panjang dan teruskan kacau lagi hingga semua bahan menjadi mesra dan sebati.  (Udang akan mengeluarkan air jadi tidak perlu di tambah air).

NOTA :   Minyak mestilah lebih sedikit ketika menumis agar sambal tidak kering.  Air asam jawa digantikan dengan asam gelugur supaya kuah sambal tidak berlebihan.

Monday, June 24, 2013

KUIH CARA MANIS untuk berbuka puasa







KUIH CARA MANIS



Bahan-bahan :

2  cawan   tepung gandum
3  cawan   santan
2  biji        telur  (A/B)
3  helai      daun pandan  (dipotong kecil)
Pewarna hijau & perisa pandan secukupnya
Secubit garam
Gula pasir secukupnya sebagai inti


Cara membuat :

1.   Daun pandan dicuci bersih, dipotong kecil dan dikisar bersama santan kemudian ditapis.

2.   Satukan kesemua bahan di atas hingga sebati dan tapiskan.

3.   Panaskan acuan kuih cara di atas dapur, bila panas kecilkan api.  Lenser dengan sedikit minyak pada setiap ruang acuan.

4.   Isikan adunan tadi ke dalam setiap ruang acuan hingga hampir penuh.  Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.  Tutupkan permukaan acuan.  Masak hingga kuih kelihatan pucat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari (anggaran 5 minit).

5.   Keluarkan dari acuan dan sejukkan.  Oleskan dengan sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.  (menghasilkan :  19 biji - bercantum)

CUCU KESAYANGAN TOK & NENEK

Arfan Nai'man  ketika ini berusia 5 bulan

tutup mata tak tahan silau kamera

Sunday, June 23, 2013

Nacarons


 sebelum dibakar dan dalam proses pengeringan


 selepas dibakar

 yang ni berintikan Lemon Cream Cheese

 juga berintikan Nutella




MACARONS


source from :  Cookbook by Marie-Laure Tombini
tested by me


Ingredients :

120  gm   icing sugar
  80  gm   almond flour
    2  egg  whites ( 80 gm )
    1  pinch of salt (optional)
  60  gm    castor sugar
    1  pinch of powdered food colouring of your choice


Method :

1.   Mix the icing sugar finely with almond flour.  Sift the mixture into a bowl.

2.   Whisk egg whites into firm peaks with the salt.  Add the castor sugar and food colouring, and continue whisking until meringue is very shiny.

3.   Using a spatula, stir the almond mixture with egg whites by gently lifting the paste upwards.  The mixture will become much brighter and a little more liquid.  Be careful not to overwork the mixture to the point that it becomes completely white.

4.   Using a pastry bag, make small rounds on a baking tray (baking sheet) covered with baking paper (parchment paper), spacing them evenly.  Let stand for 1 hour at room temperature.

5.   Preheat oven, on fan-forced at 150'C.

6.   Bake and cook for about 12 minutes.  Let the macarons cool before handling them and assemble with filling of your choice.


Bahan Inti Lemon Cream Cheese :
sumber dari :  rahelblog-rahel


125  gm   cream cheese  (suhu bilik)
  15  gm   gula icing
  40  gm   non-dairy whipping cream ( putar hingga gebu )
    1  tsp   jus lemon
Parutan kulit lemon dari 1/2 biji buah lemon


Cara-cara :

1.   Cream cheese dan gula icing dipukul hingga lembut.
2.   Tambahkan parutan kulit lemon dan jus lemon.  Putar hingga sebati.
3.   Tambahkan whipping cream yang telah dipukul kembang tadi.  Kacau rata dengan spatula.  Siap.

Bekalan/kudapan anak untuk dibawa balik ke asrama.

 Chocolate Tarts




Macarons dengan berintikan Nutella dan Lemon Cream Cheese