KEK PISANG
▼
Saturday, June 29, 2013
BUBUR KACANG HIJAU DGN. DURIAN
BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN
Bahan-bahan :
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
beberpa ulas durian ikut suka
sedikit garam
Cara memasak :
Gorengkan kacang hijau tanpa minyak anggaran dalam 4 minit. Tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Bilas dan toskan airnya.
Kemudian rebus kacang hijau hingga kembang dan empuk bersama 2 cawan air tadi. Masukkan gula melaka, gula pasir, santan, durian dan sedikit garam. Kacau sebati dan masak dalam 5 minit sahaja supaya tidak pecah minyak, rasakan kemanisan dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.
sedapnya bubur kacang ada durian..
ReplyDeletememang sedap adda syuhada..
ReplyDelete