KEK PISANG
▼
Sunday, July 22, 2012
Krim Puff
KRIM PUFF
sumber dari : dapurkakyah (tqvm utk resipi ini)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Kulit :
300 gm tepung gandum
250 gm mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 tsp. esen vanilla
Cara membuat :
Masakkan air dan mentega hingga mendidih. Tutupkan api dan masukkan tepung. Kacau hingga tidak melekat di dinding periuk. Angkat dan sejukkan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati (sekejap sahaja). Masukkan dalam piping bag dan paipkan di atas loyang.
Bakar selama 30 minit dengan suhu : 200'C (suhu biarkan panas sedikit daripada membakar kek). Sejukkan, belah dan isikan dengan krimnya.
Bahan Krim :
400 ml susu segar
3 tbsp tepung kastad
2 tbsp tepung gandum
6 tbsp gula pasir
2 biji telur
1 tbsp mentega (optional)
sedikit garam
Cara membuat :
Masakkan semua bahan di atas hingga pekat dan sejukkan. Masukkan ke dalam piping bag dan siap untuk di paip ke dalam kulit puff tadi.
No comments:
Post a Comment