KEK PISANG
▼
Friday, July 27, 2012
Kuih Tako
KUIH TAKO ROS MERAH
sumber dari : yatiememories (tqvm utk resipi ini)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Lapisan Bawah :
1/2 tiub tepung hoen kwee putih (50 gm)
1/2 cawan gula
3 cawan air
sedikit pewarna merah
2 helai daun pandan
sedikit perisa rose
4 biji sengkuang cina - kupas kulit, cuci dan potong dadu kecil
Bahan Lapisan Atas :
3 1/2 cawan santan pekat
1/2 tiub tepung hoen kwee putih (50 gm)
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan
Cara-cara :
1. Satukan bahan-bahan lapisan bawah dan masakkan hingga pekat dan hendaklah sentiasa dikacau. Guna api sederhana perlahan. Bila dah pekat tutup api dan keluarkan daun pandan.
2. Masukkan sengkuang cina yang dipotong dadu tadi dan gaul sebati.
3. Sediakan bekas kecil (ikut pilihan) dan tuangkan adunan merah hingga 1/2 paras bekas. Ketepikan.
4. Satukan bahan-bahan lapisan atas dan masakkan hingga pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau guna whisk tangan. Matikan api.
5. Tuangkan adunan putih ke atas lapisan merah hingga memenuhi bekas. Sejukkan.
6. Akhir sekali simpan dalam peti sejuk untuk di dinginkan. (menghasilkan anggaran : 19 bekas dadih kecil).
sedapnya...1st time la tgk kaler merah yg bwh tu..
ReplyDelete