KEK PISANG
▼
Tuesday, August 14, 2012
Kuih Sagu
KUIH SAGU/BRONOK
sumber dari : Seripayaku
di cuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 cawan sagu biji (saya guna yang merah)
3 cawan air
1 cawan gula kastor
Pewarna merah atau 1/2 tbsp sirap rose
2 helai daun pandan - disimpul
Hiasan :
1/2 biji kelapa parut putih )
sedikit garam ) digaul rata
Cara-cara :
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air sehingga gula larut dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu biji serta pewarna dan kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu biji telah kembang, angkat dan tuangkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan.
5. Bila kuih sagu telah betul-betul sejuk, potongkan dan gaul dengan kelapa yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment