KEK PISANG
▼
Saturday, August 11, 2012
Mihun
MIHUN SINGAPURA
sumber dari : buku '1 Hari 1 Resipi Chef Hanieliza'
di cuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
1 bungkus mihun (direndam & tuskan)
200 gm udang (dibuang kulit)
200 gm sotong (dihiris kecil)
200 gm sawi (dipotong pendek)
250 gm kubis (diracik halus)
1 batang lobak merah (diparut)
1/2 cawan air
3 tbsp minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B (ditumbuk) :
2 tbsp lada hitam
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara membuat :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan udang dan sotong. Kemudian kacau rata.
3. Apabila sudah masak, masukkan mihun, sawi, kubis, lobak merah, garam dan air. Kemudian kacau rata.
4. Gaul rata hingga mihun kelihatan lembut. Rasakan masinya.
5. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup dan cili merah (jika suka).
No comments:
Post a Comment