KEK PISANG
▼
Monday, August 6, 2012
Pandan Butter Cake
KEK MENTEGA PANDAN (CHEF ZUBAIDAH)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur
60 gm santan
1 tbsp pes pandan
1 tbsp pewarna hijau epal
240 gm tepung naik sendiri
30 gm kepala parut kering
1/2 tsp serbuk penaik
1 tsp esen vanilla
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul sebati. Kemudian masukkan esen vanilla, kelapa parut kering, pes pandan dan pewarna hijau epal.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk penaik berselang-seli dengan santan.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 9 inci dan bakar pada suhu : 150'C selama 1 jam atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment