KEK PISANG
▼
Saturday, September 1, 2012
Pencuci mulut yg. cantik & enak.
PUDING TRIORASA
resipi dari : blog: jebateja (tqvm for sharing this resepi)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
5 gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
2 cawan air (400 ml)
1 cawan santan pekat (200 ml)
1/2 tsp pewarna kuning
1 tbsp perisa oren
1/2 tsp pewarna ungu
1 tbsp esen vanilla
1/2 cawan gula pasir
Cara membuat :
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula, air, santan dan kuning telur ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak hingga mendidih dengan api kecil.
2. Setelah masak, tuangkan ke dalam 2 loyang yang berasingan. Satu bahagian letakkan perisa oren dan pewarna kuning manakala satu bahagian lagi letakkan esen vanilla dan pewarna ungu. Bekukan kedua-duanya.
3. Apabila telah beku, potongkan dadu kecil-kecil atau parut kasar (ikut suka). Campurkan kedua-duanya dan ketepikan sebentar.
Bahan B :
15 gm serbuk agar-agar
3 helai daun pandan, disimpulkan
4 cawan air (800 ml)
1/2 cawan gula pasir
1 tbsp esen rose
Cara membuat :
1. Masakkan gula, serbuk agar-agar, air dan daun pandan hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan esen rose dan tutupkan api.
3. Letakkan agar-agar yang telah dipotong dadu ke dalam acuan pilihan. Kemudian tuangkan bahan B ke dalam bekas agar-agar tadi dengan perlahan. Sejukkan.
No comments:
Post a Comment