KEK PISANG
▼
Thursday, September 27, 2012
Kuih Serimuka
KUIH SERIMUKA (8 inci)
rujukan : dapur-mamasya & kelas dgn. Chef Asma
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Lapisan Bawah :
2 cawan beras pulut (rendam selama 2 jam)
2 cawan santan cair (saya lebihkan 1/2 cawan lagi)
sedikit garam
Cara membuat :
Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama santan dan sedikit garam. Kukus selama 30 minit. Keluarkan dan kacau rata lepas itu tekankan pulut ke dalam loyang yang hendak digunakan supaya mampat dan kemas. (Loyang sapu sedikit minyak & alas dengan plastik). Tuangkan lapisan atas ke atas pulut.
Lapisan Atas :
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung kastad + 1 tbsp. tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir (tambahkan 3/4 cawan kalau nak manis)
3-4 helai daun pandan (kisar dgn. sedikit air, ambil jusnya) atau pandan pes
sedikit garam
sedikit pewarna hijau (optional)
Cara membuat :
Blend daun pandan dengan sedikit air, tapiskan, campur dengan santan - jadikan 2 cawan santan pekat. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk besar, kacau rata dan tapiskan. Tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut yang telah masak tadi.
Kukuskan selama 30 minit atau hingga masak. Sejukkan dahulu barulah dipotong dengan pisau plastik.
No comments:
Post a Comment