KEK PISANG
▼
Sunday, September 23, 2012
Masakan yg ringkas utk tengahari.
MEE GORENG UDANG
resipi dari : Yatiememories
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
500 gm mee kuning (dicuci & ditoskan)
1 cawan udang basah atau lebih jika suka
2 tbsp cili kisar
3 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar *
2 tbsp udang kering * ( yg bertanda * dikisar)
2 ulas bawang merah **
1 ulas bawang putih ** (** dihiris nipis)
2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos tomato
2 tbsp sos cili
3 tbsp kicap manis
1 biji tomato (belah 4)
2 keping tauhu (hiris nipis & goreng - tambahan)
2 biji telur (digoreng hancur - tambahan)
sedikit taugeh & sawi
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Kisarkan bawang putih, bawang besar dan udang kering hingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris hingga kekuningan. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyaknya.
4. Bila dah masak dan cili kelihatan garing, masukkan udang, biarkan sebentar dan masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Gaul rata dan sebati.
5. Masukkan mee, sawi dan tomato. Akhir sekali masukkan taugeh, tauhu goreng, telur hancur, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment