KEK PISANG
▼
Tuesday, October 2, 2012
Masakan berasaskan ayam.
AYAM MASAK MERAH MUDAH
resipi dari : Hanamemories
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam, dipotong kecil
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1/2 biji tomato *
2 tangkai cili merah *
1 batang serai, dititik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 tbsp cili kisar, ikut kepedasan
2 tbsp sos cili
2 tbsp sos tomato
sedikit serbuk kunyit
Air, garam dan gula secukupnya
Cara membuat :
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan hingga masak dan ketepikan.
2. Kisarkan kesemua bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi. Masukkan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga), serai dan cili kisar. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air.
3. Perasakan dengan gula dan garam. Masukkan ayam dan bawang besar. Gaulkan mesra dan sebati. Didihkan sebentar dan tutupkan api.
4. Jika suka bolehlah ditambah dengan hirisan tomato dan daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment