KEK PISANG
▼
Saturday, December 8, 2012
Spaghetti untuk makan tengahari.
SPAGHETTI BOLOGNESE DENGAN BEBOLA DAGING
oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
3 tbsp minyak masak
2 biji bawang besar Holland (potong dadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang lobak merah (potong dadu)
1 tin cendawan butang (potong dadu)
2 biji buah tomato (potong dadu)
1 paket daging kisar Ramly
1 paket bebola daging
1 tin kecil pes tomato
1 botol sos spaghetti (brand PREGO, saya guna 1/2 botol jer)
3 helai daun bay kering
1 paket spaghetti (saya guna jenis angel hair)
2 cawan air
sedikit garam
serbuk lada hitam
Cara membuat :
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Setelah kedua-dua bawang layu, masukkan daun bay.
3. Masukkan daging kisar dan masak lagi. Setelah daging kisar bertukar warna, tambah air secukupnya.
4. Masukkan pes tomato, sos spaghetti Prego, bebola daging, lobak merah, cendawan butang dan buah tomato.
5. Masak sehingga air daging kering sedikit dan lobak merah dan bebola daging telah empuk. Perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Tutup api apabila sudah masak.
6. Di dalam periuk lain, rebus spaghetti sehingga lembut.
7. Apabila spaghetti telah masak, angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak/mentega supaya tidak melekat.
8. Hidangkan spaghetti di dalam pinggan dan tuangkan sos daging di atasnya. Taburkan parmesan cheese (jika suka) dan hias dengan daun parsli.
No comments:
Post a Comment