KEK PISANG
▼
Monday, January 7, 2013
Puff Coklat
PUFF COKLAT
sumber oleh : rahelblog dll.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
110 gm mentega
250 ml air
1 tsp gula pasir
1/4 tsp garam
150 gm tepung gandum )
2 tbsp serbuk koko ) diayak bersama
4 biji telur (gred B)
Krim Kastad :
250 ml susu segar
3 tbsp gula kastor
3 tbsp tepung kastad/tepung jagung
1 biji kuning telur
1/2 tbsp marjerin
Cara Penyediaan :
1. Didihkan air, mentega, gula dan garam. Tutup api, masukkan tepung gandum, serbuk koko, kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan menjadi doh.
2. Buka api semula dan kacau selama 2-3 minit dengan api sederhana hingga kelihatan lapisan tipis putih di dasar periuk.
3. Angkat dari api dan kacau doh hingga suam. Masukkan sebiji telur, kacau hingga telur sebati. Tambahkan telur berikutnya, kacau satu persatu hingga sebati dengan doh, baru dimasukkan telur berikutnya.
4. Pastikan adunan likat dan boleh dipaip. Masukkan ke dalam piping bag dan picit adunan ke atas loyang yang telah digriskan terlebih dulu dengan jarak 2cm diantara satu sama lain.
5. Bakar pada suhu : 160'C di rak tengah selama 25-30 minit di dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu.
6. Sejukkan dahulu, hiris puff (jangan sampai putus) dan masukkan inti kastad ke dalam puff. Enak dimakan ketika sejuk. (sejukkan sebentar di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan).
Krim Kastad :
1. Satukan semua bahan kecuali marjerin. Masak hingga agak likat. Masukkan marjerin dan kacau hingga pekat. Angkat.
2. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum di paip ke dalam puffs.
No comments:
Post a Comment