KEK PISANG
▼
Monday, February 11, 2013
Karipap Ayam & Kentang
KARIPAP AYAM & KENTANG
sumber dari : qurrataaayun (Tun Telani), CTdelima, ZalinZalina dll. tqvm u all.
Bahan Doh :
4 cawan tepung gandum
2 tbsp. marjerin (dipanaskan bersama minyak)
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 tsp. garam
Bahan Inti :
2 keping isi dada ayam (dipotong dadu)
3 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 tbsp. serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit daun sup (dihiris - optional)
garam secukupnya
Cara-cara :
Untuk Doh : Panaskan marjerin dan minyak didalam periuk hingga marjerin cair. Tutup api. Ketika panas-panas itu masukkan tepung ke dalam periuk dan gaul guna garpu, dah sejuk sedikit, campurkan garam dan air sedikit demi sedikit. Uli sampai tidak melekat ditangan. Sedia untuk digunakan. (cara menggaul dengan minyak panas adalah untuk mendapat kulit yang rapuh).
Untuk Inti : Rebus kentang 3/4 masak dan toskan. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan tumiskan seketika. Masukkan isi ayam dan tumis lagi. Masukkan kentang dan sedikit air dan masak sampai kentang empuk. Hendaklah sentiasa digaul supaya tidak hangus. Perisakan dengan garam dan masukkan daun sup cincang jika suka. Sejukkan dahulu sebelum digunakan.
(menghasilkan : anggaran 40 biji)
Tips untuk frozenkan karipap & kuih-muih lain :
1. Susunkan kuih atas dulang yang dilapis dengan plastik. Biar ada jarak antara kuih supaya tidak melekat.
2. Masukkan dalam freezer sampai keras (dalam 1/2 jam).
3. Selepas itu boleh di alih ke dalam bekas atau plastik. (setiap plastik 10-12 biji).
No comments:
Post a Comment