KEK PISANG
▼
Thursday, March 28, 2013
APAM BERAS PELBAGAI ACUAN & WARNA
APAM BERAS
sumber : buku resipi
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar *
3/4 cawan gula pasir *
2 1/2 cawan air
2 tsp yis Mauripan
Pewarna yang digemari
Kelapa parut putih (digaul dengan sedikit garam - jika suka)
* - Boleh juga diganti dengan kedua-duanya gula pasir
Cara membuat :
1. Blend nasi sejuk dan air hingga hancur (masukkan air sedikit demi sedikit.. blend sampai halus).
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend hingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau hingga sebati.
5. Perapkan selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil (ikut pilihan).
7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan.
8. Masukkan adunan ke dalam acuan kecil (ikut pilihan) hingga hampir penuh dan kukus selama 15-20 minit.
9. Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam ataupun enak dimakan begitu saja.
No comments:
Post a Comment