KEK PISANG
▼
Sunday, March 17, 2013
CHOCOLATE BLOSSOM MINI CUP
CHOCOLATE BLOSSOM MINI CUP
sumber : fromintankitchen - Azlita, tqvm
dicuba : zaralovebaking
Bahan A :
150 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp soda bikarbonat
secubit garam
Bahan B :
2 biji telur (B)
230 gm gula kastor
1 tsp esen vanilla
Bahan C :
100 ml susu cair
125 ml minyak jagung
1 tbsp susu pekat
Bahan D :
125 ml air panas
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan A dan ayakkan 2 kali. Ketepikan. Putar bahan B hingga gebu dan putih. Satukan susu cair dan susu pekat dari bahan C. Kemudian tuang ke dalam adunan B perlahan-lahan sambil diputar. Tuangkan pula minyak. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan kaedah kaup balik. Akhir sekali tuangkan air panas dan gaul dengan sempurna.
Sediakan cawan kertas secukupnya. Letakkan cawan kertas di dalam acuan lompang. Tuangkan adunan 3/4 cawan kertas.
Kukus selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment