KEK PISANG
▼
Friday, March 22, 2013
HONEY BUTTER CAKE
KEK MENTEGA MADU/HONEY BUTTER CAKE
sumber : buku resipi 'Jamuan Kek'
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
200 gm mentega
4 biji telur (A/B)
100 gm serbuk badam
2 tbsp madu
1 tbsp golden syrup
220 gm tepung naik sendiri atau tepung gandum + 2 tsp baking powder, digaul sebati
50 gm susu cair
100 gm gula kastor
1/2 tsp soda bikarbonat
kepingan buah badam secukupnya
Caranya :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan madu dan golden syrup.
3. Akhir sekali, masukkan tepung naik sendiri, soda bikarbonat (diayak dulu), serbuk badam dan susu cair. Sebatikan adunan.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 8 inci, digris dan dialas dengan kertas parchment.
5. Taburkan kepingan buah badam dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 45 minit.
nampak macam senang jer...nanti nak cuba la..
ReplyDeletecuba jangan tak cuba adda syuhada.. rugi tak cuba tau..sedappp..
ReplyDelete