KEK PISANG
▼
Friday, March 8, 2013
NASI LEMAK untuk santapan tengahari.
NASI LEMAK
sumber dari : tiffinbiru - CMG, tqvm pada penyumbang resipi ni
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmati - rendam 30 minit & toskan
6 cawan santan (guna santan segar)
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - di titik
1/3 tsp halba
1 biji bawang besar saiz sederhana - belah 4
1 inci halia tua - kerat 3 dan titik
3 ulas bawang putih - dititik
Garam secukup rasa
Bahan sampingan :
sambal tumis secukupnya
hirisan timun
kacang tanah goreng
ikan bilis goreng
telur rebus - belah dua
ayam/ikan goreng (optional)
Cara-cara :
Masukkan beras dalam periuk nasi letrik atau rice cooker. Masukkan serai, daun pandan, halba, bawang besar, halia dan bawang putih. Tuangkan santan dan tambahkan garam secukup rasa. Kacau perlahan. Masak nasi seperti biasa hingga masak.
Gemburkan nasi dengan chopstick 3-4 kali sahaja. (Jangan terlebih gembur kerana ini akan mematahkan beras basmati). Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan.
No comments:
Post a Comment