KEK PISANG
▼
Sunday, March 17, 2013
NEOPOLITAN CUPCAKE
NEOPOLITAN CUPCAKE
sumber : tiffinbiru - CMG, tqvm
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
90 gm mentega
70 gm gula kastor
110 gm tepung naik sendiri - diayak
1 biji telur (A) - dipukul sedikit
50 ml susu segar
3/4 tsp strawberry paste
1/2 tsp chocolate emulco
1/2 tsp esen vanilla
sedikit badam flake untuk hiasan
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'C, alas acuan dengan cawan kertas sesuai atau cawan kertas jenis keras. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga pucat, masukkan telur dan putar lagi hingga kembang.
3. Masukkan tepung selang-seli dengan susu segar. Kacau rata. Bahagi adunan kepada 3 bahagian.
4. Satu bahagian letak perisa vanilla, satu lagi strawberry paste dan satu lagi chocolate emulco, kacau rata.
5. Masukkan adunan selang-seli ke dalam cawan kertas. Kemudian gunakan lidi sate, buat pusingan untuk mendapatkan corak yang menarik.
6. Taburkan badam flake dan bakar selama 25 minit/hingga masak.
No comments:
Post a Comment