KEK PISANG
▼
Sunday, April 28, 2013
CREME PUFF WITH CUSTARD FILLING
CREME PUFF WITH CUSTARD FILLING
sumber : Chef Kamrul, Deanna & K.Nor@SecubitGaram
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Creme Puff :
250 ml air
100 gm mentega
1 tsp gula kastor
125 gm tepung gandum
3 biji telur (B)
1/2 tsp garam
Cara-cara :
Campurkan gula, air dan mentega ke dalam periuk. Masakkan hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati dan menjadi doh. Tutupkan api dan sejukkan sebentar. Masukkan telur satu demi satu dan kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar selama 15 minit pada suhu 180'C.
Bahan Custard Filling :
500 ml susu segar
1 biji telur
25 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
100 gm gula kastor
1 tsp esen vanilla
Cara-cara :
Campurkan dan gaul sebati telur, gula, tepung kastad, tepung jagung dan esen vanilla. Kemudian tuangkan susu segar yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga likat. Sejukkan. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam creme puff. Taburkan dengan gula icing atasnya jika suka.
No comments:
Post a Comment