KEK PISANG
▼
Thursday, April 25, 2013
MUFFIN PISANG
MUFFIN PISANG
oleh : CTdelima & RosJintanManis - tqvm
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 1/3 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak jagung
2 biji telur (A)
1/3 cawan susu segar
1 tsp soda bikarbonat
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis (saya tambah)
beberapa titik esen pisang
badam cincang & sedikit hirisan pisang untuk hiasan
Cara membuat :
Hancurkan pisang dan letakkan 1/2 sudu kecil garam. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat kemudian pukulkan telur hingga berbuih (anggaran 1 minit) barulah dimasukkan gula kastor dan pukul lagi hingga kembang.
Selepas itu masukkan pisang lecek dan kacau sebati. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum sedikit demi sedikit, beberapa titik esen pisang dan serbuk kayu manis. Akhir sekali masukkan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula.
Tuangkan adunan ke dalam papercup 3/4 penuh, hias dengan badam cincang, hirisan pisang atau apa saja ikut pilihan. Bakar selama 18-25 minit pada suhu 170'C. (menghasilkan : 29 pieces)
No comments:
Post a Comment