KEK PISANG
▼
Saturday, April 13, 2013
PUDING ROTI MARBLE COKLAT yang enak dimakan ketika cuaca panas terik ketika ini.
PUDING ROTI MARBLE COKLAT
sumber : Hanamemories
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 keping roti gardenia
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
170 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
2 tbsp. mentega/marjerin
3 1/2 cawan air (230 ml)
2 tbsp. serbuk koko/coklat emulco
Acuan : 8 inci - acuan hendaklah dibasahkan terlebih dahulu supaya mudah puding dikeluarkan.
Cara-cara :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula pasir ke dalam periuk hingga gula larut.
2. Blend/kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dengan baki air tadi (1/2 cawan) kemudian tuangkan ke dalam periuk berisi agar-agar yang telah mendidih tadi.
3. Masukkan mentega dan kacau rata hingga mendidih. Tutup api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biarkan asal dan satu bahagian lagi masukkan serbuk koko atau coklat emulco.
5. Tuangkan ke dalam loyang berselang-seli hingga habis. (Buat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku).
6. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
No comments:
Post a Comment