KEK PISANG
▼
Sunday, April 21, 2013
PUFF PASTRY APPLE PIE
PUFF PASTRY APPLE PIE
rujukan : tiffinbiru - tqvm to CMG
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Inti Apple Pie :
3 biji apple hijau (kupas kulit, potong dadu & rendam dalam air)
1 genggam kismis atau cranberry kering
1/4 tsp. serbuk kayu manis
2 tbsp. gula perang
1/2 tsp. tepung jagung *
2 tbsp. air * ( * disatukan & dikacau rata)
2 tbsp. mentega
1/2 tsp. jus lemon (optional)
Bahan-bahan lain :
8-10 keping puff pastry jenama KAWAN saiz 4" x 4"
1 biji kuning telur (untuk glis)
Cara membuat inti :
Kupas kulit apple kemudian potong dadu dan di rendam dalam air. Panaskan mentega di dalam periuk, toskan apple tadi dan masukkan ke dalam periuk. Gorengkan apple dengan mentega hingga layu. Masukkan kismis, gula perang, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan masak hingga apple lembut. Tambahkan jus lemon (jika guna) dan gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan air tadi, kacau rata dan biarkan pekat. Tutupkan api dan sejukkan inti.
Cara penyediaan untuk puff pastry apple pie ikut pilihan. Bakar puff pastry selama 25 minit hingga keperangan pada suhu : 190'C.
No comments:
Post a Comment