KEK PISANG
▼
Tuesday, May 7, 2013
BINGKA KENTANG
BINGKA KENTANG
sumber : Majalah SAJI Februari 2012 - Chef Hanieliza
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
5 biji kentang - saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan gula kastor
3 tbsp. mentega/marjerin
3 biji telur (A/B)
2 tbsp. bijan - goreng tanpa minyak
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
sedikit minyak masak untuk disapu pada loyang
Acuan : 7 x 7 inci
Cara menyediakan :
1. Rebus kentang sehingga empuk. Toskan airnya.
2. Masukkan kentang dan santan ke dalam mesin pengisar. Kisar hingga sebati.
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali bijan ke dalam mesin pengisar. Kisar lagi hingga sebati.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C. Sapukan minyak di sekeliling loyang. Panaskan loyang sekejap.
5. Tuang rata bahan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya.
6. Bakar selama 60 minit atau sehingga masak.
7. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.
Wah nampak sedap je..... nak cubalah.. tq share resepi zara ;)
ReplyDeleteNur Hayati...memang sedap dan lembut..cubalah..sama-sama kasih.
ReplyDelete