KEK PISANG
▼
Tuesday, June 11, 2013
RED PEARL COOKIES
BISKUT RED PEARL
sumber dari : CendanaKasih (tqvm - sangat sedap & rangup)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
150 gm mentega
75 gm gula kastor
150 gm tepung gandum
60 gm cornflakes (ramas sedikit)
50 gm chocolate chip
10 gm ceri merah (hiris halus)
10 gm ceri hijau (hiris halus)
25 gm kacang badam/gajus atau hazelnut (bakar dahulu dan dihancurkan sedikit)
1 tsp. esen vanilla
1 tsp. emplex
Bahan Hiasan :
Ceri merah - hiris halus memanjang
sedikit kuning telur untuk disapu di atas biskut
Cara membuat :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati (sekadar sebati sahaja).
2. Campurkan kesemua bahan kering dan masukkan ke dalam adunan mentega. Kacau sebati.
3. Dengan menggunakan sudu kecil, sudukan adunan ke atas dulang pembakar. (atau boleh juga dijemput dan buat seperti bebola dan bila dibakar, biskut akan leper dengan sendiri).
4. Sapukan kuning telur di atas biskut dan letakkan ceri merah di atasnya.
5. Bakar selama 20-25 minit di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160'C.
TIPS : untuk mendapatkan biskut yang rangup tanpa menggunakan emplex : keluarkan 2 sudu besar tepung gandum dari sukatan di atas dan digantikan dengan 2 sudu besar (tbsp.) tepung beras jadi biskut lebih rangup dan sedap. Tidak perlu menggunakan serbuk emplex.
No comments:
Post a Comment