KEK PISANG
▼
Saturday, June 8, 2013
TRIFLE
TRIFLE
rujukan dari Internet (x tau siapa punya resipi) - apapun tqvm pada penyumbang resipi
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com (banyak kali buat sebab sedap)
Bahan-bahan :
1 kotak serbuk agar-agar kristal (sebarang perisa - brand NONA)
1 tin fruit cocktail
3 tbsp. tepung kastad
3 tbsp. gula pasir
1 tsp. esen vanilla
3 cawan susu segar/susu cair
1 bungkus swiss-roll/sebarang kek butter (saya guna lady's finger)
Cara-cara :
1. Campurkan tepung kastad, gula pasir, esen vanilla dan susu segar. Gaul sebati dan masak hingga mendidih dan pekat. Angkat dan biarkan sejuk/suam.
2. Potong kek/atau susun biskut lady's finger di dalam kaserol hingga penuh.
3. Ambil sedikit jus buah cocktail dan tuang ke atas biskut/kek tadi.
4. Tuangkan kastad ke atas keseluruhan biskut/kek hingga rata. Taburkan buah-buahan ke atas kastad.
5. Bancuhkan dan masak serbuk agar-agar kristal mengikut arahan pada pek kotak dan tuangkan ke atas cocktail tadi.
6. Sejukkan pada suhu bilik sebentar kemudian hiaskan mengikut citarasa dan masukkan ke dalam peti sejuk. Enak juga dimakan dengan aiskrim perisa vanilla.
salam kak..
ReplyDeletemenariknya triffle..em, memang sedap makan ketika sejuk..