KEK PISANG
▼
Tuesday, July 9, 2013
APAM BERAS
APAM BERAS
sumber : buku resipi (CTdelima)
dibuat : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang *
3/4 cawan gula pasir *
2 1/2 cawan air
2 tsp. yis mauripan
Pewarna yang digemari
Kelapa parut putih (digaul dengan sedikit garam jika suka)
* Boleh juga diganti dengan kedua-duanya gula pasir
Cara-cara :
1. Blend/kisar nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit... blend sampai halus).
2. Stelah hancur, campur gula perang dan gula pasir ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Letakkan sedikit pewarna pada adunan. Kacau sehingga sebati. Perapkan selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil/pilihan.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15-20 minit.
8. Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam...atau enak dimakan begitu saja.
Salam kak..
ReplyDeletecantiknya apam beras tu..colorful..saya suka makan apam beras ni..sedap.
thanks Bbwana adienia..memang sedap..walaupun dimakan begitu saja..
ReplyDelete