KEK PISANG
▼
Wednesday, July 17, 2013
IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL
IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL
oleh : Madiha & Nani@jassnani
Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru (dibelah belakang, cuci bersih & digaul dengan sedikit garam & kunyit)
Bahan Sumbat :
20 tangkai cili mering (dipotong kecil & rebus)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan (boleh diganti dengan 1 genggam ikan bilis jika tidak suka belacan)
garam & serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak :
1. Bahan sumbat dikisar kering.
2. Sudah hancur, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya dan sumbat ke dalam belakang ikan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan ikan. Jangan dikacau selalu atau diterbalikkan, cukup sekadar sekali sahaja dan terus di angkat. Hidangkan.
Assalam...sedapnya...bukak posa semalam sy dh buat ni...
ReplyDelete