KEK PISANG
▼
Sunday, July 7, 2013
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
sumber dari : Yatiememories (tqvm untuk resipi ini - sangat sedap)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan A :
250 gm cream cheese (suhu bilik)
60 gm gula halus
1 biji telur (B)
1 tbsp air
1 tbsp tepung gandum
Loyang : 8 x 8 inci
Cara-cara :
Pukul cream cheese bersama gula halus hingga sebati. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Ketepikan.
Bahan B (Kek) :
2 biji telur (B)
1 cawan gula halus
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 cawan tepung gandum *
3 tbsp serbuk koko *
1 tsp baking soda *
1/2 tsp baking powder * (semua bertanda * diayak dahulu)
sedikit garam
Cara-cara :
Pukul telur di dalam sebuah mengkuk pengadun bersama gula halus hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan sedikit garam. Masukkan air panas didih, susu dan minyak. Setelah itu masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ketepikan.
Cara Penyediaan :
1. Panaskan kukusan. Gunakan api sederhana.
2. Sapukan sedikit minyak/mentega pada loyang dan alaskan dengan kertas minyak.
3. Tuangkan 1/2 bahagian adunan coklat dan kukus selama 15-20 minit.
4. Tuangkan pula kesemua adunan cream cheese dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah itu tuangkan adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
6. Biarkan benar-benar sejuk sebelum dipotong. (ketika mengukus tutupkan loyang dengan foil).
No comments:
Post a Comment