KUIH SAGU @ KUIH BRONOK
rujukan : buku 'Aneka Minuman Petang'
Bahan-bahan :
300 gm sagu mata ikan (dibasuh & toskan)
120 gm gula pasir
850 ml air
1/2 biji kelapa parut putih )
Sedikit garam ) disatukan
1/2 tsp esen rose + pewarna hijau
Cara Membuat :
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan gula, esen rose dan pewarna hijau. Kacau hingga rata.
2. Kemudian masukkan sagu dan kacau hingga sagu kembang. Kacau selalu supaya tidak berkerak.
3. Kemudian masukkan sagu ini ke dalam loyang.
4. Apabila sejuk, potong kuih ini. Golekkan di dalam kelapa parut.
No comments:
Post a Comment