KEK PISANG
▼
Thursday, July 25, 2013
PULUT SERIKAYA
PULUT SERIKAYA
Oleh : yatiememories
Bahan Lapisan Bawah :
2 cawan beras pulut (rendam selama 30 minit jika menggunakan pulut susu)
1 1/2 cawan santan cair
1/2 tsp. garam halus
1 tbsp. minyak masak
Bahan Lapisan Atas :
1 cawan tepung gandum
1 tbsp. tepung jagung
1 tbsp. tepung beras
3/4 cawan gula melaka * (hiris kecil)
1/2 cawan gula pasir *
1 helai daun pandan *
1 cawan air * (yang bertanda * hendaklah dimasak hingga gula larut & ditapis)
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 tsp. garam
sedikit coklat emulco (untuk warna gelap sedikit)
Loyang : 10 x 10 x 2 inci, disapu sedikit minyak & dialas plastik
Cara-cara :
Untuk Lapisan Bawah : Cucikan beras pulut kemudian rendam 30 minit dan toskan. Sementara itu panaskan kukusan, alaskan loyang dengan plastik yang disapu sedikit minyak pada permukaan plastik. Masukkan pulut dan ratakan. Satukan garam dan santan, kacau rata dan tuangkan ke atas pulut. Masukkan minyak, kacau sedikit biar rata dan letakkan 1 helai daun pandan.
Kukus selama 25 minit/hingga masak.
Untuk Lapisan Atas : Satukan kesemua bahan, kacau rata atau blender hingga sebati. Tapiskan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau hingga sedikit pekat (masak naik wap anggaran 5 minit). Tutup api.
Untuk pulut serikaya : Pulut tadi ditekan hingga padat, ratakan. Kemudian tuangkan lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus lagi selama 20-25 minit dengan api sederhana.
No comments:
Post a Comment