KEK PISANG
▼
Thursday, August 29, 2013
CHOCOLATE SOFT CHEESECAKE
CHOCOLATE SOFT CHEESE CAKE (20 cm/8 inch)
Oleh : ABM - akubukanmasterchef/Hasue
Bahan-bahan :
300 ml susu segar
160 gm cream cheese (dilembutkan pada suhu bilik atau 6 keping keju cheddar)
3 biji telur (gred A - asingkah putih & kuning)
110 gm gula kastor
1 tsp esen vanilla
80 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
110 gm mentega
Cara Penyediaan :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C dan sediakan loyang, dilapik dengan baking paper.
2. Masukkan susu segar ke dalam periuk. Panaskan hingga suam.
3. Masukkan cream cheese. Kacaukan hingga cream cheese cair dan sebati.
4. Masukkan pula mentega. Kacau hingga mentega cair. Kemudian tutup api dan ketepikan seketika.
5. Masukkan 2/3 daripada gula kastor ke dalam perik dan kacau rata.
6. Di dalam bekas lain, masukkan kuning telur dan pukulkan hingga berkrim. Kemudian masukkan adunan susu dan cream cheese tadi ke dalamnya dan kacau sebati.
7. Ayakkan serbuk koko dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Kemudian ayakkan pula tepung dan kaup balik hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
8. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan lebihan gula kastor tadi sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental.
9. Masukkan putih telur tadi secara tiga (3) peringkat ke dalam adunan coklat dan kaupbalik hingga sebati.
10. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar secara 'water bath' selama 50 minit atau hingga masak. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Nampak sedap coklat chez kek tu kak..nyum2
ReplyDeletecoklat ngn cheese...adda suker...
ReplyDelete