KEK PISANG
▼
Saturday, August 24, 2013
KEK LAPIS HOLIDAY INN
KEK LAPIS HOLIDAY INN
Oleh : Mommycookin.blogspot (Mommy Ryan)
Bahan-bahan :
350 gm mentega
1 cawan gula halus
9 biji telur (gred A)
2 cawan tepung Hong Kong atau tepung kek
1/2 tin susu pekat manis
1 tbsp ovalette
1 tsp esen vanilla
4 tbsp jem nenas
Pewarna oren, kuning & coklat emulco
Loyang : 8 x 8 inci persegi, gris dengan sedikit mentega & dialas dengan kertas minyak
Cara Penyediaan :
Pukul mentega, ovalette dan gula halus hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu demi satu. Kemudian masukkan tepung dan adunkan hingga sebati. Kemudian masukkan susu pekat manis. Putarkan sekejap sahaja dan bahagikan kepada 3 bahagian.
1 bahagian diletakkan coklat emulco
1 bahagian oren + jem nenas
1 bahagian kuning + 1 tsp. esen vanilla
Ambil 1 senduk kecil adunan oren dan kukus selama 7-10 minit. Kemudian ambil 1 senduk adunan kuning dan kukus selama 7-10 minit diikuti dengan adunan coklat dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses yang sama hingga kesemua adunan habis. Untuk adunan yang terakhir kukus selama 20 minit atau hingga masak dengan sempurna.
NOTA : cara mencorak kek lapis ini boleh ikut citarasa masing-masing.
No comments:
Post a Comment