KEK PISANG
▼
Sunday, August 18, 2013
QUICK HONEYDEW ICE CREAM
QUICK HONEYDEW ICE-CREAM
Oleh : Akubukanmasterchef (ABM) - sangat sedap
Bahan-bahan :
500 gm tembikai susu (dipotong kecil & dibekukan)
100 gm gula kastor (ikut kemanisan buah)
1 biji putih telur (B)
200 ml UHT whipping cream
sedikit pewarna hijau (optional)
Cara Penyediaan :
1. Masukkan tembikai susu yang sudah dibekukan dan juga gula ke dalam food processor dan kisar hingga halus. (jika guna blender biasa, masukkan tembikai sedikit demi sedikit tetapi lebih mudah menggunakan food processor berbanding blender biasa).
2. Masukkan pula putih telur dan kisarkan sebati. Kemudian, masukkan whipping cream dan kisarkan lagi hingga sebati keseluruhannya.
3. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan masukkan sedikit pewarna (jika suka). Gaulkan rata. Pada tahap ini, adunan agak cair. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya keras sepenuhnya sebelum dimakan (sebaiknya simpan semalaman).
No comments:
Post a Comment