KEK PISANG
▼
Monday, September 9, 2013
TERUNG GORENG BERSAMBAL
TERUNG GORENG BERSAMBAL
Rujukan : yatiememories
Bahan A :
3 biji terung sederhana panjang (dibelah 2 ditengah & dipotong 2 lagi)
Minyak masak secukupnya
Bahan B :
2 tangkai daun kari
Bahan C : (diblend/kisar kesemua sekali tetapi jangan terlalu hancur)
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah
10 tangkai cili padi hijau
1 labu bawang besar
2 sudu besar ikan bilis
sedikit belacan
Bahan D :
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam & gula jika perlu
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan terung, balik-balikkan dalam 3 minit dan diangkat. Toskan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan B hingga wangi.
3. Masukkan bahan C. Kecilkan api dan masak hingga sedikit pekat dan terbit minyak. Masukkan bahan D. Gaul rata. Tambahkan sedikit garam dan gula secukupnya.
4. Bila dah cukup rasanya, angkat dan tuangkan ke atas terung yang telah digoreng tadi.
No comments:
Post a Comment