KEK PISANG
▼
Sunday, October 20, 2013
MOIST CHOCOLATE CAKE
MOIST CHOCOLATE CAKE (9")
Sumber : citarasawan
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
280 gm tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
250 gm mentega/minyak masak
300 gm gula kastor
250 ml susu pekat manis
1 tsp esen vanilla
6 biji telur gred 'B'
2 tsp cuka masakan
Pes Koko :
100 gm serbuk koko
60 gm gula kastor
250 ml air panas
(satukan kesemua bahan pes koko dan kacau hingga menjadi pes).
Cara-cara :
1. Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan dulu.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, putar rata.
3. Masukkan susu pekat, esen vanilla dan cuka masakan. Putar hingga sebati.
4. Masukkan tepung berselang-seli dengan pes koko, gaulkan hingga rata dan sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang 9 inci (digris & dialas) dan bakar pada suhu 170'C selama 1 jam atau hingga masak sepenuhnya.
Toping Coklat Ganache :
300 gm whipping cream
500 gm coklat masakan (dipotong kecil)
1/2 tbsp mentega
2 tbsp madu/sirap glukos
Cara-cara :
Panaskan whipping cream secara double boiler. Tutup api, masukkan coklat masakan dan mentega - kacau hingga coklat cair. Sejukkan sedikit dan tuangkan ke atas kek coklat yang diletakkan di atas redai. Ratakan coklat hingga coklat merata keseluruhan kek. Baki coklat simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman untuk buat border/hiasan.
No comments:
Post a Comment