KEK PISANG
▼
Thursday, October 17, 2013
NASI KUNING UDANG DIRAJA
NASI KUNING UDANG DIRAJA
Sumber : Majalah SAJI Sept.2013 - chefkamarul.net
dicuba : zaralovebaking - sangat sedap
Bahan-bahan :
3 cawan beras basmati (basuh, rendam 25 minit & tuskan)
6 ekor udang sederhana besar
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 tbsp serbuk kunyit
2 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 cm halia - hiris
1 tangkai daun kari
5 gm gula batu
3 tbsp mentega
3 tangkai daun ketumbar - hiris
Sedikit bawang goreng
Sedikit parutan lobak merah (tambahan)
Garam secukupnya
Bahan Rempah Tumis :
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Cara Menyediakan :
1. Panaskan mentega, lalu tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris hingga wangi.
2. Masukkan bahan rempah tumis dan daun kari.
3. Kemudian masukkan udang dan kacau seketika. Masukkan parutan lobak (jika guna).
4. Tuangkan air dan susu cair. Masukkan pula garam, gula batu dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih.
5. Apabila sudah mendidih, masukkan beras basmati. Tutup api dan alihkan ke dalam rice cooker.
6. Tanak nasi sehingga masak. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.
7. Boleh juga dihidangkan dengan lauk kegemaran sebagai gandingan nasi ini. (sangat sedap).
salam..
ReplyDeleteem, lapar pula perut tengok nasi kuning udang tu..sedapnya!
terima kasih Bbwana adienia..cubalah..memang sedap...
ReplyDeleteesok tengahari Jumaat ingat nak buat. Sebab ada caption 'sangat sedap', mel salin resepi terus..nanti mel share dalam blog kalau sempat..hihii..tq akak ^^
ReplyDeletesama-sama Mel..cubalah ya...
ReplyDelete