STRAWBERRY BANANA LASSI
Oleh : zaralovebaking
Bahan-bahan :
145 gm buah strawberry segar (anggaran 1 box - dipotong dadu)
155 gm pisang (sebarang jenis - dipotong kecil-kecil)
90 gm plain yogurt
1 cawan susu segar
Gula jika perlu (saya guna madu)
Sedikit perahan lemon
Sedikit air jika perlu
Cara-cara :
Kisarkan buah strawberry, pisang, yogurt dan susu segar hingga halus. Tambahkan gula jika perlu. Perahkan buah lemon dan kisarkan lagi hingga hancur dan betul-betul halus. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Sejukkan sebelum dinikmati.
No comments:
Post a Comment