KEK PISANG
▼
Tuesday, October 15, 2013
TUNA PUFF
TUNA PUFF
Sumber : dapurtanpasempadan - CMG
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan Inti :
1 tin tuna - dihancurkan
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 biji bawang putih - dicincang halus
1 tbsp cili kisar
1/2 tsp lada hitam kisar
2 biji limau kasturi - diperah & diambil jusnya
1/2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap cair
1/2 tbsp mentega
Secubit gula
Bahan lain :
1 paket puff pastry - jenama KAWAN
1 biji kuning telur - untuk sapuan atas puff
Sedikit lada hitam kasar - untuk tabur atas puff
Cara-cara membuat inti :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam. Kacau rata dan tambahkan ikan tuna, kicap dan gula, kacau rata. Tuangkan sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
Ambil sekeping puff pastry, letakkan inti dan lipatkan ikut kreativiti anda. Sapukan kuning telur di atas puff serta taburkan sedikit lada hitam kisar. Bakar pada suhu 180'C selama 25 minit. ('ON' kan kipas oven jika ada).
No comments:
Post a Comment