KEK PISANG
▼
Sunday, November 24, 2013
BANANA MILO SLICE CHEESECAKE
BANANA MILO SLICE CHEESECAKE
Sumber : mybakingworkshop - thanks Evelyn
dicuba : zaralovebaking - moist & sedap
Bahan A :
100 gm mentega
90 gm gula kastor
40 gm Milo (saya guna serbuk koko)
Bahan B :
2 biji telur
Bahan C :
200 gm pisang (sebarang jenis - dilecek)
Bahan D :
150 gm tepung naik sendiri )
1/2 tsp baking powder ) diayak bersama
1/4 tsp baking soda )
30 gm susu tepung
Bahan E :
60 ml susu segar
Bahan F :
2 keping slice cheese - cheddar
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C. Sediakan loaf pan bersaiz 8 inci. Gris & alas dasar dengan mentega.
2. Pukul kesemua bahan A hingga sebati.
3. Masukkan bahan B satu persatu dan pukul lagi. Kemudian masukkan bahan C. Pukul sebati.
4. Masukkan bahan D dan bahan E. Kaupbalik hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang, carik-carikkan bahan F dan taburkan di atas adunan kek tadi.
6. Bakar selama 45 minit atau hingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment