KEK PISANG
▼
Thursday, November 28, 2013
CHOCOLATE WAFFLE
CHOCOLATE WAFFLE
Sumber : alamrron, AlongRoz
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum *
1/2 cawan serbuk koko *
1/2 tsp. baking soda *
1/2 tsp. garam *
62 gm mentega (cairkan & sejukkan)
3/4 cawan gula pasir (kurangkan ke 1/2 cawan jika tidak suka manis)
2 biji telur 'B'
2 tsp. esen vanilla
1/2 cawan susu segar + 1 1/2 tsp cuka (rehatkan 5 minit = buttermilk)
Cara Menyediakan :
1. Ayakkan bahan bertanda * dan sebatikan.
2. Satukan mentega cair dan gula pasir. Kacau hingga gula larut.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata. Masukkan vanilla dan sebatikan.
4. Masukkan campuran tepung dan buttermilk secara berselang-seli hingga habis.
5. Bakar di dalam waffle maker yang telah dipanaskan terlebih dahulu. (anggaran 5 minit masa membakar).
6. Hidangkan dengan sos atau jem kegemaran.
so chocolatey :-)
ReplyDeletethanks mala...
ReplyDelete