KEK PISANG
▼
Saturday, November 2, 2013
KEK GULA HANGUS
KEK GULA HANGUS
Sumber : mamawandiha
dicuba : zaralovebaking
Bahan Gula Hangus :
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas mendidih
3 tbsp. mentega/marjerin
Cara-cara :
Masukkan gula pasir ke dalam kuali/periuk kecil. Masak dengan api sederhana hingga bertukar warna keemasan. Kemudian dengan berhati-hati tuangkan air panas mendidih. Bila telah cair kesemuanya, masukkan mentega. Biarkan mentega larut, tutup api dan sejukkan.
Bahan Kek :
7 biji telur 'A'
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis (200 gm)
2 tsp. soda bikarbonat
1 tsp. baking powder
1 tsp. esen vanilla
Loyang : 9" x 9", digris & dialas dengan baking paper
Cara Penyediaan :
Pukul telur hingga kembang. (boleh guna blender atau mixer). Masukkan susu pekat, pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla. Ayak bahan kering dan masukkan ke dalam adunan, teruskan pukul hingga sebati. Akhir sekali masukkan air gula hangus. Gaul sebati.
Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 - 1 1/4 jam menggunakan api bawah pada suhu 170'C. Pada 5 - 10 minit terakhir, gunakan api atas dan bawah hingga masak sepenuhnya.
NOTA : belah kek ditengah, tengok arah urat kemudian potong secara melintang garisan tersebut.
adunan kek ini tidak perlu diperap.
No comments:
Post a Comment