KEK PISANG
▼
Sunday, November 3, 2013
POPIA ISI KETAM BERKEJU
POPIA ISI KETAM BERKEJU
Sumber : salamisimon1
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
Kulit popia secukupnya
Isi ketam secukupnya
Keju cheddar (diparut halus atau kepingan cheddar) secukupnya
Sedikit campuran tepung dan air sebagai gam atau putih telur
Cara-cara :
1. Siatkan sehelai kulit popia dan letakkan sedikit keju parut atas kulit popia.
2. Kemudian letakkan sebatang isi ketam di atasnya.
3. Akhir sekali, letakkan sedikit lagi keju parut di atasnya.
4. Gulungkan dengan kemas (gamkan hujung kulit popia dengan putih telur).
5. Ambil sehelai lagi kulit popia dan letakkan gulungan popia tadi di tengah-tengah.
6. Ulang langkah no. 4 (gulung 2 kali bagi mengelakkan keju meleleh keluar ketika menggoreng).
7. Goreng hingga garing dan toskan minyak.
8. Sedia dihidang bersama sos kegemaran atau enak dimakan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment