KEK PISANG
▼
Friday, November 15, 2013
SUSU KOCAK OREO
SUSU KOCAK OREO
Oleh : zaralovebaking
Bahan-bahan :
4 sudu teh sirap coklat Hershey
8 keping biskut Oreo, dibahagikan kepada 2 bahagian
1 cawan susu segar
2 cawan aiskrim perisa vanilla, dilembutkan
Cara membuat :
1. Satu sudu teh sirap coklat dimasukkan ke dalam empat gelas.
2. Golekkan gelas supaya coklat membentuk lapisan di bahagian bawah tepi gelas.
3. Hancurkan 4 keping biskut hingga halus, ketepikan.
4. Masukkan biskut yang selebihnya ke dalam pengisar.
5. Campurkan susu dan aiskrim, kisarkan hingga sebati dan halus.
6. Curahkan ke dalam gelas yang telah disediakan, hiasi dengan biskut yang telah dihancurkan.
7. Hidangkan dengan segera.
No comments:
Post a Comment