KEK PISANG
▼
Tuesday, December 3, 2013
PUDING ROTI KURMA
PUDING ROTI KURMA
Sumber : SAJI Jun 2012 - Chef Hanieliza
Bahan A :
500 ml susu segar
10 keping roti
Bahan B :
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung gandum
15 biji kurma
1 sudu besar minyak (untuk disapu pada acuan)
Cara Menyediakan :
1. Roti dikoyakkan dan rendam di dalam susu selama 30 minit.
2. Kurma dibuangkan biji dan dipotong kecil.
3. Kacau dan gaul rata semua bahan B kecuali minyak masak.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan minyak masak.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit.
6. Sejukkan dan potong kecil. Sedia untuk dihidangkan begitu saja atau bersama dengan sos kastad.
Bahan Sos Kastad :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu besar jus sunquick perisa orange (optional)
Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan sos kastad ke dalam periuk dan kacau hingga memekat. Hidangkan puding roti dengan sos kastad yang telah disejukkan.
No comments:
Post a Comment