KEK PISANG
▼
Tuesday, January 14, 2014
BINGKA JAGUNG
BINGKA JAGUNG
Oleh : Yatiememories
Bahan-bahan :
1 cawan gula kastor
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 tbsp. mentega/minyak sapi
4 biji telur 'B'
1 tin jagung manis (cream style golden sweet corn)
Secubit garam
Bijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning (jika suka)
Loyang : 9" x 9" atau acuan bunga pecah lapan no. 2
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan-bahan kecuali jagung manis dan bijan. Kisar sampai sebati.
2. Tuangkan adunan tadi ke dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaulkan sebati.
3. Masukkan 1 sudu besar minyak ke dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
4. Panaskan loyang di dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
5. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau hingga garing.
6. Gunakan api atas dan bawah. (kalau nak garing lagi, tambahkan masa dalam 5 minit guna api atas sahaja untuk permukaan kuih yang garing). (menghasilkan : 5 biji guna acuan pecah lapan).
No comments:
Post a Comment